Total Pageviews

Monday, 5 November 2012

Hujan Suasana Menyejukkan adakala Menyakitkan

Ermm.. hujan di musim tengkujuh kita biasa dengar kan. Erm..maybe skang dah musim tengkujuh kot. Dah bulan November. Hujan je memanjang dari pagi hingga ke malam... badan pun dah sejuk-sejuk panas ..dalam keadaan macam ni mudah dapat penyakit...tapi, hujan tue kan Rahmat.

Kira ok la.. daripada sebelum ni asyik panas terik je. Sampai keluar rumah pun kulit dapat rasa panas nya mentari.

Kadang-kadang mengeluh jugak cuaca macam ni. Itulah insan. as student duk pulak luar not hostel. dok rumah sewa. aaiissshhh... time nak pergi kelas/kuliah pasti perasaan kurang senang datang. bila la nak berhenti hujan ni...?  masa berjalan ...masa berjalan ..masa berjalan.. bagaikan air ...

Kita ni dok memikir lagi. bila hujan nak turun..?? terpaksa la redah dengan yakinnya ....akhirnya disebalik keyakinan tersebut ....basahlah seluruh tubuhku..... merana la sekejap...nak pergi amik Quiz ni ..masuk dalam bilik kuliah dengan muka selamba. dengan baju yang basah ...jawab la setenang-tenang nye paper tue... dok dalam aircon yang sejuk...*mn de aircon panas kan.~

Sekali-sekala terimbas juga kenangan zaman kecik-kecik. seronok main air hujan. main sepuas-puasnya. menjerit sepuas-puasnya. bergasak sana sini ngan kawan-kawan. tapi, semua tue dah berlalu. now dah besar kan. tak mungkin buat lagi. maksudnya mandi hujan macam dulu lagi.


Sunday, 28 October 2012

Set Mandian Lelaki mana yang bagus

Sedang mencari set mandian yang bagus dan berkesan .. bau yang wangi and  fresh ..tahan lama ...boleh melindungi diri dari sinar cahaya matahari ... di mana- di mana ...??












Saturday, 22 September 2012

1st Time Accident

arrrgghhhh ...sakit kot. Inilah padahnya bila dok sedap merempit dengan 125 sangat sampai lupa yang motor tue cuma ada break depan je. Tapi, percayalah yang hari tue memang Hari Kemalangan Sedunia. Hahahaa ..before aku accident aku dah saksikan 2 accident. Ceritanya begini.

Dok sedap pulas minyak dalam hujan yang renyai-renyai aku masih wat dek je. Tak ambil kisah langsung bahaya ke tidak ke, yang penting aku sampai umah dengan kadar segera. Bukan ada pape pun kat umah, saja je nak balik awal nak tengok berapa jam boleh sampai umah dari KL - Jengka ...

Di highway Karak. ada perasan side belah sana ada 1 accident kereta dah masuk longkang. Terperasaan jugak dia ni accident dengan sape ? then, teruskan perjalanan tak lama kemudian perasaan sebuah lagi kereta dah ada dalam longkang. Yang ni pun rasanya macam baru lagi, pun sama dia accident dengan sapa? tak dapat dikesan ..dan yang kali ini pulak jalan yang agak bengkok buatkan aku terkejut ada 1 lagi accident ..dia langgar divider ..perghh terkejut aku ..sampai aku break mengejut. dah la break cuma ada break depan je ..makk aiii .. agak mengelongsor juga la aku lebih kurang jarangnya sebuanh kereta. Jadi stuntman sekejap .. nnasib still ingat Allah lagi ,..terus bangun dok wat muka selamber ambil motor tolak ke tepi... 1 family yang baru accident tadi pun agak terkejut dengan accident aku ni.. mesti diorang pikir ..pe hal mamat ni jatuh tiba-tiba ...malunyaa la rasa ..orang lain accident ..aku pula pergi tambah satu lagi accident kat situ. yang menarik kereta-kereta yang kat belakang aku tadi yang tak saksikan aku jatuh tadi ingat aku accident dengan kereta tue..padahal tak de kena mengena pun ..silap aku sendiri. hehee.

Dengan muka selamba aku blah terus dari situ. Dah tak check pape dah yang penting aku pergi dari situ..malu-malu...nasib motor tue tak de pape ...kalau tidak merana gak la..nak balik and nak menjawab kat member coz tue motor dia. addeeii...1 lagi accident yang berlaku bila aku exit Chenor and lepas je dari tol tue, kiranya sim[ang masuk tol la..ada accident lagi lori bawa tembikai dengan dak motor ex5 ..teruk gak budak tue..aku tak berhenti aku teruskan perjalanan pulang ke kampung. giler nak berhenti aku pun baru accident..huhuu ..malam tue terus g Kuantan umah akak ..tak sangka kat kuantan pun ada 2 accident lagi ..mak aaii ..itu la yang aku cakap tadi ..adakah hari tue Hari Kemalangan Sedunia ..? tp, Alhamdulillah aku selamat..motor takde pape..aku cuma luka kat lutut sebesar duit syiling 50sen yang lama ..duit 50sen yang latest ni kan dah kecik. tp, sehingga ke hari ni ..lutut ni tak baik lagi. tak tahu la berapa lama. aku cuma guna Dettol je. lom try ubat lain lagi.

Please..give suggestion to me ..nak guna ubat or minyak apa yang dapat pulih cepat... ~~

Thursday, 13 September 2012

TAKUT Written by chedet

1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita. 

2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.

3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.

4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka. 

5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.

6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.


7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.


8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.


9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.


10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.


11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.


12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.


13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.


14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.


15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.


16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.


17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.


18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.


19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah. 


20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.


21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.


22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal. 


23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.


24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.


25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.


26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.


27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.


28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.

Monday, 3 September 2012

Jumpa Seorang Public Figure ...

Pernah anda jumpa artis, tokoh politik, penyampai berita, ahli sukan ..secara berdepan buat pertama kali..? Apakah reaksi anda .. Perkataan pertama yang keluar .."eh, macam kenal je ? " atau anda teringatkan gossip someone tue ..baru senang nak ingat ..

Hari tue jem di Ampang ..pergh ..panjang jugak la. Lama jugak la dok dalam kereta. Macam-macam gelagat orang dapat lihat ... ternampak girl yang tengah sedap mengorek dua terowong nya .. Hahaaa. Selamba je dia.. mungkin dia dah tak tahan kot. Maybe, dah tak sempat nak sampai umah..Ada yang selamba jer melintas ..mentang-mentang la kereta kenari. Pantang nampak jarak antara kereta terus masuk line ...dahsyat orang KL ni ..Ada yang dok membebel sambil borak using HP...

Dan yang paling best ..Tak sangka dapat jumpa artis ..Syamsul Yusof Haslam and cousin dia ..alaaa KL Gangster tue ..dok drive dalam jam tue ..pakai NAZA je. yang wat pening skang ni gelagat ..kakak-kakak aku ..dok menjerit "hensemnya-hensemya..." ..adeeiii ..

New Sem ..

Wow ..lama tak update status. Dah tak tahu nak update apa dalam keadaan bz mcm ni. Semester ni banyak plak credit hour amik. Ditambah dengan FYP ..arghhh... raya baru je lepas. Anyway, lupa nak wish ...Selamat Hari Raya..تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ (Semoga Allah menerima (amal kebaikan) daripada kami dan engkau) ..

Monday, 14 May 2012

Study Mathematic III

Penat ...!!!!
Itu ayat pertama yang keluar .hehee..Begitu la dunia student yang mana ada ketika senang dan ada pula ketika  susah sehingga hendak mengalirkan air mata. Pernah anda terasa nak menangis apabila anda tidak dapat menjawab soalan? Betapa peritnya keadaan itu. Mata dah naik lebam dek sepanjang masa melihat buku, nota, semuanya berkaitan angka. Esok pula paper nya. Esok juga adalah exam terakhir. Alhamdulillah... semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Sebahagian besar pelajar selalunya study berapa lama dalam sehari? Kadang-kadang saya kurang faham mengenai perkataan Study Smart. Susah juga nak dapat lakukan itu. melainkan kita budak sekolah yang mana sebelum exam SPM or PMR ada kursus-kursus motivasi tertentu nak suruh pelajar study smart. Tapi, bila dah peringkat Universiti ni kita la kena bijak dengan sendirinya. Maklumlah sudah tahap Universiti pemikiran pun kenalah lebih tajam dan peka terhadap persekitaran.

Ada sebahagian student kini lebih suka study overnite. study..study..study.. bolehkah begitu? study sambil bertemankan Facebook di hadapan. Pernah anda lakukan? Kalau ditanya pada saya. sejujurnya saya akan menjawab. "Ya" heheheee. Kesannya sangatlah teruk, payah, sukar, letih ...mata itu lebih suka ke arah FB ..Why? Tell me why ....problem tue datang dari kita laa..kan ..kan..kan ..