Total Pageviews

Monday 14 May 2012

Study Mathematic III

Penat ...!!!!
Itu ayat pertama yang keluar .hehee..Begitu la dunia student yang mana ada ketika senang dan ada pula ketika  susah sehingga hendak mengalirkan air mata. Pernah anda terasa nak menangis apabila anda tidak dapat menjawab soalan? Betapa peritnya keadaan itu. Mata dah naik lebam dek sepanjang masa melihat buku, nota, semuanya berkaitan angka. Esok pula paper nya. Esok juga adalah exam terakhir. Alhamdulillah... semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Sebahagian besar pelajar selalunya study berapa lama dalam sehari? Kadang-kadang saya kurang faham mengenai perkataan Study Smart. Susah juga nak dapat lakukan itu. melainkan kita budak sekolah yang mana sebelum exam SPM or PMR ada kursus-kursus motivasi tertentu nak suruh pelajar study smart. Tapi, bila dah peringkat Universiti ni kita la kena bijak dengan sendirinya. Maklumlah sudah tahap Universiti pemikiran pun kenalah lebih tajam dan peka terhadap persekitaran.

Ada sebahagian student kini lebih suka study overnite. study..study..study.. bolehkah begitu? study sambil bertemankan Facebook di hadapan. Pernah anda lakukan? Kalau ditanya pada saya. sejujurnya saya akan menjawab. "Ya" heheheee. Kesannya sangatlah teruk, payah, sukar, letih ...mata itu lebih suka ke arah FB ..Why? Tell me why ....problem tue datang dari kita laa..kan ..kan..kan ..

Tuesday 8 May 2012

Untuk Peneroka FELDA ..ini bukan BR1M, tapi BROOM..


Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.


Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.

Datuk Seri Najib umum kegembiraan berganda kepada peneroka, iaitu 'durian runtuh' berjumlah RM15 ribu, dan 'durian gugur' berupa tabung amanah dan pink form saham FGVH.



Berkenaan dengan tabung amanah itu, Najib berkata sebanyak 20 peratus dalam tabung amanah adalah untuk penyenaraian FGVH dan sekiranya FGVH dapat keuntungan maka dividen akan diberi kepada setiap peneroka.

“Pada tahun depan kita jangkakan keuntungan sebanyak RM1.5 bilion dan sekiranya jumlah itu kekal seperti tahun lepas, setiap peneroka akan menerima lebih RM1,300, kalau untung lebih, peneroka akan dapat lebih lagi”.


Perdana Menteri pada program itu turut menempelak mereka yang menentang penyenaraian FGVH termasuk segelintir peneroka serta pihak pembangkang yang cuba mencelarukan pemikiran rakyat.

“Saya tak rela dan redha mereka ini menerima (durian runtuh) ini kerana mereka ini mengkhianati apa yang kita buat, hanya peneroka yang jujur dan setia sahaja yang layak menerima durian runtuh ini,” katanya.

PM kata pembohongan pembangkang bahawa peneroka akan hilang tanah dengan penyenaraian FGVH tidak benar sama sekali.

"Semua faedah yang dinikmati peneroka selama ini kekal, tanah kekal milik peneroka bukan macam pembohongan pembangkang," katanya.

Beliau turut mengecam pembangkang yang tidak habis-habis menyalahkan UMNO dan BN dalam semua perkara.

"Anak tak peduli emak pun, nak kata UMNO salah, (rujuk isu luahan rasa ibu Azmin Ali dimana Timbalan Presiden PKR tuduh ia fitnah UMNO)  hebatlah sangat kita ini, sampai (hal-hal) dalam kelambu pun ada pengaruh..."


Najib berkata durian runtuh itu dilihat amat bermakna untuk para peneroka yang telah banyak berkorban membangunkan tanah rancangan yang pada asalnya hanya hutan rimba.

“Bantuan ini bukan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hanya RM500, ini bukan BR1M, tapi BROOM,” katanya sambil berseloroh.

Thursday 3 May 2012

Sultan Mana yang buka pintu Istana untuk rakyat..?

Saban tahun Istana Negara akan menganjurkan majlis sambutan Hari Raya untuk rakyat jelata. Saya mendapat pertanyaan dari seorang sahabat, bilakah tradisi ini bermula?

Secara ringkasnya, tradisi ini dimulakan oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah. Baginda yang ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-7 pada 29 Mac 1979 sehingga 25 April 1984 merupakan pemimpin tertinggi negara yang pertama membuka pintu istana untuk rakyat sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun 1403 Hijrah (1983 Miladiah). Sebelum ini Istana Negara merupakan kawasan terkawal yang tidak boleh dimasuki oleh rakyat biasa.

Tindakan membenarkan rakyat memasuki Istana Negara diambil bagi merapatkan lagi hubungan antara Raja dan rakyat (rujuk apendiks C, halaman 229 – 236 wawancara Dr. Farish Ahmad Noor dengan KDYMM Sultan Pahang pada 19 Julai 2010 di Istana Pahang, Kuala Lumpur dalam “From Indrapura to Darul Makmur : A Deconstructive History of Pahang”).

Bandar Jengka, Pahang_Terus Mara_001

Terminal Bas Nadi Kota, Jengka menjadi kenangan

Jengka Sentral dalam proses pembangunan mengggantikan Terminal Bas Nadi Kota

Metrobus Ekspress pengangkutan paling popular ( Jengka-Temerloh-KL )

Imej baru bas Jengka Liner lebih bergaya

Bandar Tun Razak (BANTURA), Jengka Pahang



Pembangunan Jengka Triangle melibatkan keluasan 64,117.05 hektar tanah pusaka Negeri Pahang. Kawasan yang luas ini sebenarnya membabitkan pengambilan tanah di 3 buah daerah berhampiran dengan Jengka iaitu Maran (116,146 hektar), Temerloh (32,448 hektar) dan Jerantut (48,134 hektar). Daripada 37 buah tanah rancangan di Jengka; 26 daripadanya terletak dalam daerah Maran, 9 rancangan di Jerantut sementara 2 lagi di Temerloh.

Pembangunan tanah berskala raksaksa ini mencatatkan sejarah tersendiri kepada FELDA memandangkan sebelum ini pihak mereka menjalankan projek secara bertaburan dan secara bersendirian untuk satu-satu tanah rancangan. Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi dalam usaha membangunkan kawasan ini. Namun menurut bekas Pengerusi FELDA; Tan Sri Raja Muhammad Alias bin Raja Muhammad Ali, galakan dan sorakan rakyat serta kerajaan Negeri Pahang telah berjaya menambahkan semangat FELDA untuk mengorak langkah kejayaan.

Menurut Raja Alias, tatkala KDYMM Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Al-Mustasim Billah Al-Sultan Abdullah berangkat ke Jengka pada tahun 70-an, ketika dalam Land Rover baginda telah melafazkan kepada beliau :

Di Jengka ini, FELDA bukan membuka rancangan…Sebenarnya FELDA membuka negeri…”

Sejak memulakan rancangan pertamanya di Kampung Awah pada tahun 1960, Wilayah Jengka telah memajukan seluas 62,000 ekar bagi tanaman kelapa sawit dan 35,000 ekar bagi getah. Kini, seramai 14,957 orang telah mendiami keseluruhan wilayah ini.


Wednesday 2 May 2012

Siapa tidak mahu kaya bukan?


Hakikatnya, tidak sedikit orang yang hartanya banyak, gajinya lumayan, rumahnya besar, kerjayanya gah, keretanya tak cukup satu, tapi waktunya tiada yang lapang. Dia terpaksa bekerja dan terus bekerja agar hartanya terjaga dan terus bertambah. Sampai satu waktu apabila hartanya sudah bertambah dan menimbun, dia lelah memikirkan bagaimana harus menjaganya agar tidak diusik orang. Namun hatinya masih tidak juga puas dan angan-angannya tidak pernah habis.


Sebenarnya kekayaan tidak akan dirasa dengan limpahan harta. Sebaliknya kekayaan akan terkecapi apabila hati sentiasa merasa cukup, puas, syukur, lapang, tenang, dan senang terhadap segala kurniaan Allah. Lalu dengan harta itu menjadikan dirinya mampu melaksanakan agamanya. Orang seperti ini hatinya akan sengsara. Dia bekerja siang dan malam mengumpul harta yang tidak tahu entah berapa banyak lagi akan mampu memuaskannya. Sudah ada rumah besar, dia mahu tambah besar lagi. Sudah ada kereta mewah, dia mahu kereta lain yang lebih mewah lagi. Hatinya sering merasa kekurangan dan jiwanya selalu membentak.

Seorang mukmin yang kaya adalah yang sentiasa merasa cukup dengan harta yang dimilikinya lalu dia menggunakan harta tersebut untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhannya...~

Tuesday 1 May 2012

Kembara Alam Kemahiran

Honestly ..bukan mudah nak menggunting rambut ...melainkan benar-benar bersedia ..dengan segala kelengkapan, ikhlas tunjang utama, seronok setiap pekerjaan yg dilakukan ..point yg lebih penting ..bak kata orang berniaga "Customer Always Right"..

Saya bukan seorang pengunting rambut profesional bahkan tidak juga seorang peniaga mahupun seorang pekerja Saloon tetap.. di atas dasar minat menggunting ..suka melihat dan membelek rambut teman-teman ..terpikir pula "bagaimana kalau aku gunting rambut diorang ni " hehee..di situ la terdetiknya hati untuk teruskan menggunting rambut ..selagi ada yang mengingini diri ini .. apa yang boleh saya katakan .." Yes" , "Ok", "Baik" .. bersiap-siagalah mesin dan gunting disisi ..~