Total Pageviews

Tuesday 8 May 2012

Untuk Peneroka FELDA ..ini bukan BR1M, tapi BROOM..


Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.


Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.

Datuk Seri Najib umum kegembiraan berganda kepada peneroka, iaitu 'durian runtuh' berjumlah RM15 ribu, dan 'durian gugur' berupa tabung amanah dan pink form saham FGVH.



Berkenaan dengan tabung amanah itu, Najib berkata sebanyak 20 peratus dalam tabung amanah adalah untuk penyenaraian FGVH dan sekiranya FGVH dapat keuntungan maka dividen akan diberi kepada setiap peneroka.

“Pada tahun depan kita jangkakan keuntungan sebanyak RM1.5 bilion dan sekiranya jumlah itu kekal seperti tahun lepas, setiap peneroka akan menerima lebih RM1,300, kalau untung lebih, peneroka akan dapat lebih lagi”.


Perdana Menteri pada program itu turut menempelak mereka yang menentang penyenaraian FGVH termasuk segelintir peneroka serta pihak pembangkang yang cuba mencelarukan pemikiran rakyat.

“Saya tak rela dan redha mereka ini menerima (durian runtuh) ini kerana mereka ini mengkhianati apa yang kita buat, hanya peneroka yang jujur dan setia sahaja yang layak menerima durian runtuh ini,” katanya.

PM kata pembohongan pembangkang bahawa peneroka akan hilang tanah dengan penyenaraian FGVH tidak benar sama sekali.

"Semua faedah yang dinikmati peneroka selama ini kekal, tanah kekal milik peneroka bukan macam pembohongan pembangkang," katanya.

Beliau turut mengecam pembangkang yang tidak habis-habis menyalahkan UMNO dan BN dalam semua perkara.

"Anak tak peduli emak pun, nak kata UMNO salah, (rujuk isu luahan rasa ibu Azmin Ali dimana Timbalan Presiden PKR tuduh ia fitnah UMNO)  hebatlah sangat kita ini, sampai (hal-hal) dalam kelambu pun ada pengaruh..."


Najib berkata durian runtuh itu dilihat amat bermakna untuk para peneroka yang telah banyak berkorban membangunkan tanah rancangan yang pada asalnya hanya hutan rimba.

“Bantuan ini bukan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hanya RM500, ini bukan BR1M, tapi BROOM,” katanya sambil berseloroh.

No comments:

Post a Comment