Total Pageviews

Wednesday 2 May 2012

Siapa tidak mahu kaya bukan?


Hakikatnya, tidak sedikit orang yang hartanya banyak, gajinya lumayan, rumahnya besar, kerjayanya gah, keretanya tak cukup satu, tapi waktunya tiada yang lapang. Dia terpaksa bekerja dan terus bekerja agar hartanya terjaga dan terus bertambah. Sampai satu waktu apabila hartanya sudah bertambah dan menimbun, dia lelah memikirkan bagaimana harus menjaganya agar tidak diusik orang. Namun hatinya masih tidak juga puas dan angan-angannya tidak pernah habis.


Sebenarnya kekayaan tidak akan dirasa dengan limpahan harta. Sebaliknya kekayaan akan terkecapi apabila hati sentiasa merasa cukup, puas, syukur, lapang, tenang, dan senang terhadap segala kurniaan Allah. Lalu dengan harta itu menjadikan dirinya mampu melaksanakan agamanya. Orang seperti ini hatinya akan sengsara. Dia bekerja siang dan malam mengumpul harta yang tidak tahu entah berapa banyak lagi akan mampu memuaskannya. Sudah ada rumah besar, dia mahu tambah besar lagi. Sudah ada kereta mewah, dia mahu kereta lain yang lebih mewah lagi. Hatinya sering merasa kekurangan dan jiwanya selalu membentak.

Seorang mukmin yang kaya adalah yang sentiasa merasa cukup dengan harta yang dimilikinya lalu dia menggunakan harta tersebut untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhannya...~

No comments:

Post a Comment